Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Izzymenu: Bina CSS/DHTML menu atas talian

Laman web yang menarik pastinya akan membawa trafik dan selalu dilawati. Salah satu daripada aspek penting di dalam pembinaan laman web adalah sistem navigasi yang berkesan. Rata-rata, sistem navigasi telah berkembang dan wujudnya CSS dan DHTML ianya kini menjadi lebih mudah untuk membina menu berperingkat.

Terdapat banyak cara untuk membina menu menggunakan CSS dan DHTML. Ada aplikasi yang boleh dipasang di komputer anda dan ada juga yang boleh dilakukan secara atas talian. Salah daripada aplikasi untuk membina menu secara atas talian adalah Izzymenu.

izzymenu2_400 

Izzymenu mempunyai lebih dari 100 stail menu yang boleh anda pilih. Antaramuka laman webnya menggunakan teknologi AJAX yang mudah. Hanya pilih stail menu (yang sedia ada) yang anda mahu dan ubahsuai mengikut citarasa anda. Anda boleh memilih untuk membuat menu menegak mahupun menu melintang. Anda boleh menukar saiz fon, jenis fon, lebar dan ketinggian menu, warna latar belakang dan banyak lagi.

Guna tab "Menu Structures" untuk menambah item di dalam menu anda. Klik butang Add untuk menu pautan menu baru. Anda juga boleh membina submenu, untuk ini, bina item menu yang baru dan hanya seret dan letak (drag and drop) ke atas menu utamanya.

izzymenu1_400

Setelah anda selesai membina menu, anda boleh memilih sama ada igin menyimpannya sebagai pautan atau muat turun kod ke komputer anda. Anda tidak perlu berdaftar untuk membina dan memuat turun kod menu, melainkan anda ingin menyimpan di dalam server mereka dan ingin membuat perubahan di masa hadapan.

Selepas memuat turun anda akan nampak direktori Izzywebsite, ianya adalah satu Sistem Portal Izzy. Anda tidak memerlukannya dan direktori ini boleh dipadam. Fail yang anda perlukan adalah chrome.js, direktori images dan dail Izzymenu.html. Kod-kod untuk menu anda berada di dalam fail HTML ini.

Selamat mencuba.

 

Who's new

  • masa2