Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Adobe Photoshop Express

Adobe telah menerbitkan Adobe Photoshop versi web yang diberi nama Photoshop Express. Ianya dibina mengunakan Flex dan mempunyai banyak fungsi-fungsi asas yang boleh digunakan (namun ianya masih tidak dapat menandingi aplikasi sebenar). Terdapat banyak aplikasi manipulasi imej atas talian yang wujud pada masa kini, namun kehadiran Photoshop Express pastinya akan memberikan saingan yang kuat kepada aplikasi-aplikasi tersebut.

Photoshop Express bukan sahaja sekadar aplikasi manipulasi imej atau grafik, ianya di datangkan dengan ruangan penyimpanan 2GB menjadikannya aplikasi manipulasi dan perkongsian imej yang unggul. Ianya masih diperingkat beta, namun anda boleh menjangkakan banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang akan ditambah.

photoshop_express_400

Bina akaun anda di Photoshop Express. Ianya percuma. Anda perlu memasukkan URL peribadi untuk perkongsian imej, foto dan grafik. Apabila anda login, anda akan dihadapkan dengan antaramuka yang menarik.

Anda boleh memuat naik foto daripada komputer anda, dan sekiranya anda mempunyai foto dari Facebook, Picasa mahupun Photobucket, anda boleh menariknya ke dalam Photoshop Express. Setelah anda memuat naik foto anda, anda boleh mengubahsuainya. Hanya letakkan tetikus anda di atas gambar yang ingin diubahsuai, menu pilihan akan muncul.

Secara keseluruhannya, ianya adalah merupakan era baru di dalam dunia aplikasi versi web. Dan Adobe Photoshop Express adalah salah satu daripadanya.

 

Who's new

  • masa2