Bagi pembina mahupun pereka laman web, terutamanya yang gemar menggunakan CSS sebagai salah satu kaedah untuk meletakkan elemen di laman web akan menyedari bahawa laman web dijana secara berbeza bagi setiap versi Microsoft Internet Explorer. Dan adalah mustahil untuk memasang dua versi MSIE di dalam komputer anda. Dalam banyak keadaan rekabentuk laman web akan rosak apabila dilihat di dalam pelayar internet MSIE versi sebelumnya. Bagi pembina mahupun pereka laman web, terutamanya yang gemar menggunakan CSS sebagai salah satu kaedah untuk meletakkan elemen di laman web akan menyedari bahawa laman web dijana secara berbeza bagi setiap versi Microsoft Internet Explorer. Dan adalah mustahil untuk memasang dua versi MSIE di dalam komputer anda. Dalam banyak keadaan rekabentuk laman web akan rosak apabila dilihat di dalam pelayar internet MSIE versi sebelumnya.
Kini terdapat satu aplikasi yang masih lagi diperingkat Alpha namun sudah boleh digunakan untuk melihat bagaimana satu-satu laman web dipaparkan menggunakan versi MSIE yang berbeza. Satu aplikasi, IETester boleh menjana bagaimana satu-satu laman web jika dilihat melalui MSIE versi 5.5, 6, 7, 8 Beta.
ietester
Kewujudan aplikasi sebegini dapat menjimatkan masa pentadbir laman, mahupun pereka laman web untuk memastikan rekabentuk yang dicipta dipaparkan secara seragam di semua pelayar internet. Namun begitu, aplikasi ini hanya memaparkan bagaimana ianya dipaparkan di dalam pelayar internet Microsoft. Anda boleh menggunakan aplikasi atas talian seperti yang terdapat di http://browsershots.org namun anda mungkin terpaksa menunggu giliran laman web anda dijana (yang kekadang memakan masa yang lama).
- Login to post comments

