Bagi mereka yang selalu memuat turun fail dari Internet dan menyimpannya di dalam direktori-direktori yang berbeza dan pada satu ketika anda terlupa mengenainya, anda mungkin menghadapi masalah mempunyai fail yang sama di dalam beberapa tempat. CloneSpy adalah aplikasi percuma berasaskan sumbangan (DonationWare) yang boleh membantu anda mencari fail-fail pendua ini.
Apakah yang boleh dilakukan oleh CloneSpy?
CloneSpy berupaya untuk:
- mencari fail-fail yang sama.
- mencari fail-fail yang sama dan mempunyai nama yang sama.
- mencari fail-fail yang mempunyai nama yang sama.
- mencari fail-fail yang mempunyai nama yang sama dan mempunyai saiz fail yang hampir sama.
Setelah fail pendua ini dijumpai, anda boleh memadamnya atau memindahkannya ke dalam direktori lain.
Apa yang tidak boleh dilakukan oleh CloneSpy?
CloneSpy tidak boleh mengesan apabila anda menyimpan dua fail Microsoft Word yang sama dan juga fail imej atau muzik. Ini adalah kerana setiap kali anda menyimpan fail Word, Microsot Office misalnya akan menyimpan data-data lain bersama-sama dengan fail tersebut seperti waktu disimpan dan sebagainya. Ini menyebabkan CloneSpy menganggap ianya sebagai dua fail yang berbeza.
CloneSpy adalah aplikasi percuma yang boleh digunakan dengan Window98se/NT/ME/XP/2000. Gunakannya untuk mengesan fail-fail yang sama yang wujud di dalam komputer anda yang memakan ruangan berharga cakera liut anda.
- Login to post comments

