Submitted by masa2 on Mon, 01/21/2008 - 03:00
osCommerce Online Merchant v2.2 RC2 telah diterbitkan. Penerbitan RC kedua ini cuba untuk menyelesaikan beberapa isu dengan versi RC1 dan juga versi 2.2 Milestone 2. Tiada sebarang fungsi baru yang terdapat di dalam versi ini kerana usaha sedang dipertingkatkan di dalam penerbitan versi 3.0.
Versi ini mengandungi pembetulan/ perubahan berikut:
- lebih dari 15 pembetulan pepijat dan peningkatan
- pembaikkan keserasian register_globals untuk pelayan web yang menggunakan PHP 4.3+
- Modul pembayaran baru dan peningkatan di antaranya - PayPal Express Checkout, PayPal Direct Payments, PayPal Website Payment Standards, Authorize.net AIM dan SIM, Worldpay dan banyak lagi
- Keupayaan untuk modul pembayaran untuk memaparkan butang checkout di dalam halaman bakul pembelian
- Keupayaan untuk alamat pengebilan dan penghantaran di ambil dari maklumat luar
dan banyak lagi.
Muat turun osCommerce Online Merchant v2.2 Release Candidate 2.
PERHATIAN!! Versi ini adalah versi Release Candidate. Penggunaan di laman web sebenar perlu dilakukan dengan berhati-hati dan menyedari kesan dan impak setiap perubahan yang dilakukan.
»
- Login to post comments

