FormatFactory adalah aplikasi yang membolehkan anda menukar format asal fail-fail audio, video dan juga imej anda kepada format lain yang anda mahukan. Kini, anda tidak lagi dibendung dengan format asal fail-fail multimedia anda. FormatFactory memudahkan proses penukaran dari satu format kepada format yang lain. FormatFactory adalah aplikasi percuma yang dapat membantu membina laman web anda.

Laksanakan program FormatFactory, dan anda akan dipersembahkan dengan tab Audio, Video, dan Picture di mana anda boleh memilih format yang ingin ditukarkan kepada.
formatfactory
PIilih format yang anda mahukan, satu tetingkap baru akan meminta anda untuk memasukkan fail asal yang ingin ditukarkan formatnya. FormatFactory juga boleh menukarkan lebih dari satu fail secara serentak (batch conversion). Anda boleh tetapkan aturan penukaran yang telah dioptimasikan untuk pelbagai peralatan seperti iPhone, iPod, PSP, dsb. Penukaran dilakukan dengan begitu pantas dan mudah dan tidak menggunakan memori yang banyak.
Proses penukaran format imej juga boleh dilakukan dengan Zoom, Rotate/Flip, dsb.
Jenis-jenis format yang boleh digunakan adalah:
Video: MP4, 3GP, AVI, MPG, WMV, FLV dan SWF
Audio: MP3, WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2
Imej: JPG, PNG, ICO, BMP, GIF, TIF, PCX dan TGA
dan banyak lagi.
Lawati FormatFactory untuk memuat turun aplikasi percuma ini.
- Login to post comments