Joomla 1.5.8 telah diterbitkan
Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla telah mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.8 [Wohnaiki]. Penerbitan ini mengandungi beberapa pembetulan kepada masalah pepijat dan juga pembetulan bagi dua masalah sekuriti sederhana. Semua pengguna Sistem Portal Joomla anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi nda kepada versi ini.
Peningkatan Sekuriti Sistem Blog Wordpress 2.6.3
Satu masalah sekuriti telah dikenalpasti di dalam Sistem Blog Wordpress. Masalah ini adalah disebabkan oleh Snoopy Library yang diguna pakai oleh Sistem Blog Wordpress untuk mengekstrak data untuk dipaparkan di Dashboard WordPress anda. Semua pengguna Sistem Blog Wordpress anda digesa agar dapat meningkatkan pemasangan Sistem Blog anda kepada versi 2.6.3.
ArtWeaver: Aplikasi Editor Grafik Ringan
ArtWeaver adalah merupakan aplikasi ringan Editor Grafik untuk komputer anda. Fungsi dan peralatan di dalam aplikasi ini mimik fungsi di dalam Photoshop, namun ianya tidaklah sehebat Adobe Photoshop di dalam mengubahsuai grafik dan photo. Sekiranya anda sedang mencari aplikasi alternatif untuk Photoshop untuk membuat perubahan ringkas untuk foto dan grafik anda, maka ArtWeaver adalah jawapannya. ArtWeaver adalah merupakan aplikasi ringan Editor Grafik untuk komputer anda.
Xoops 2.30 Final telah diterbitkan
Sistem Portal Xoops 2.30 Final telah diterbitkan kepada umum. Penerbitan ini adalah merupakan penerbitan yang paling bermakna untuk tahun ini. Versi ini menggabungkan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Xoops 2.0 dan Xoops 2.2 dan bersedia untuk bergerak ke hadapan untuk versi 3.0.
b2evo 2.4.5 telah diterbitkan
Kumpulan pentadbir Sistem Blog b2Evolution telah mengumumkan penerbitan b2evo 2.4.5 [Monument Valley] kepada umum. Secara ringkas, versi ini mengandungi pembetulan pepijat selama lebih 3 bulan, kulit tema Glossy blue yang baru, beberapa kulit tema yang baru dan widget params, peningkatan prestasi paparan di ruangan pentadbiran dan pengurusan URL yang lebih mantap.


