Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.7
Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla! telah mengumumkan penerbitan Joomla versi 1.5.7. Penerbitan versi ini adalah untuk membetulkan 1 masalah pepijat kritikal, 1 masalah pepijat utama dan 2 masalah pepijat kritikal. Semua pengguna Sistem Portal Joomla! anda diminta untuk meningkatkan versi Joomla anda kepada versi ini.
Peningkatan Sekuriti Wordpress 2.6.2
Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress telah mengumumkan penerbitan Sistem Blog Wordpress versi 2.6.2. Versi ini diterbitkan untuk menyelesaikan beberapa masalah pepijat terutamanya tentang kemungkinan masalah di dalam SQL Column Truncation dan fungsi mt_rand(). Semua pengguna Sistem Blog Wordpress, anda diminta untuk meningkatkan versi sistem blog anda kepada versi ini.
Tukar Format Fail Audio, Video dan Imej dengan FormatFactory
FormatFactory adalah aplikasi yang membolehkan anda menukar format asal fail-fail audio, video dan juga imej anda kepada format lain yang anda mahukan. Kini, anda tidak lagi dibendung dengan format asal fail-fail multimedia anda. FormatFactory memudahkan proses penukaran dari satu format kepada format yang lain. FormatFactory adalah aplikasi percuma yang dapat membantu membina laman web anda.
Wordpress versi 2.6.1
Sistem Blog Wordpress 2.6.1 telah diterbitkan untuk membetulkan beberapa masalah pepijat di dalam versi sebelumnya. Ianya bukanlah masalah pepijat ketara dan sekiranya anda menyukai versi 2.6, anda masih boleh terus menggunakannya. Versi 2.6.1 mengandungi beberapa ciri baru terutamanya untuk pengguna-pengguna antarabangsa.
Peningkatan Sekuriti Drupal 6.4 dan 5.10
Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan sekuriti Drupal 6.4 dan Drupal 5.10. Semua pengguna Sistem Portal Drupal, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi ini. Tidak terdapat sebarang fungsi baru di dalam versi ini, hanya pembetulan masalah sekuriti.


