Peningkatan Sekuriti Drupal 6.3 dan 5.8
Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan Drupal 6.3 (bagi pengguna Drupal 6.X) dan Drupal 5.8 (bagi pengguna Drupal 5.X). Penerbitan ini bagi menyelesaikan masalah yang telah dilaporkan di dalam sistem pengesanan pepijat dan juga masalah sekuriti.
Zikula 1.0
Kepada semua pengguna Sistem Portal Postnuke, projek sistem portal ini telah diberi nama semula sebagai Zikula. Kumpulan pembangun Zikula telah menerbitkan Zikula 1.0 (adam_baum). Zikula 1.0 menggabungkan dasar API yang kukuh dan serasi dengan beberapa pengkalan data, sistem acuan tema, sekuriti dan prestasi. Ianya serasi dengan modul-modul pihak ketiga yang diterbitkan untuk versi 0.7X dan mengandungi beberapa peningkatan antaramuka dan penggunaan yang nyata.
Bagaimana laman web anda dipaparkan dalam MSIE
Bagi pembina mahupun pereka laman web, terutamanya yang gemar menggunakan CSS sebagai salah satu kaedah untuk meletakkan elemen di laman web akan menyedari bahawa laman web dijana secara berbeza bagi setiap versi Microsoft Internet Explorer. Dan adalah mustahil untuk memasang dua versi MSIE di dalam komputer anda. Dalam banyak keadaan rekabentuk laman web akan rosak apabila dilihat di dalam pelayar internet MSIE versi sebelumnya.
5 enjin pencarian ikon untuk laman web anda
Ikon adalah merupakan bahagian terpenting di dalam membina satu-satu antaramuka sama ada untuk laman web mahupun untuk komputer anda. Ikon adalah merupakan hasil karya seni kecil, namun untuk membinanya sendiri adalah sangat rumit.
Terdapat banyak ikon yang diterbitkan secara percuma yang boleh anda muat turun dari internet. Namun begitu, untuk mencari ikon yang sesuai memerlukan masa dan pencarian berterusan. Kini terdapat enjin pencarian yang dikhususkan untuk mencari ikon yang boleh anda gunakan. Berikut adalah antara enjin pencarian yang wujud.
Bina laman web flash dengan Wix.Com
Kini, anda boleh membina laman web flash sepenuhnya dengan mudah menggunakan aplikasi atas talian yang terdapat di Wix.com. Laman web dan widget yang dibina menggunakan Wix boleh dimasukkan di dalam mana-mana laman web anda. Kini, anda boleh membina laman web flash sepenuhnya dengan mudah menggunakan aplikasi atas talian yang terdapat di Wix.com. Laman web dan widget yang dibina menggunakan Wix boleh dimasukkan di dalam mana-mana laman web anda.


