Penerbitan b2evo 2.4.2 - Palms
Kumpulan pembangun Sistem Blog b2evolution mengumukan penerbitan b2evo versi 2.4.2 (Palms). Di dalam versi ini beberapa pepijat yang wujud di dalam versi 2.4.1 telah dapat diselesaikan. Versi ini juga didatangkan dengan tema tambahan.
Peningkatan Wordpress 2.5.1
Sistem Blog Wordpress versi 2.5.1 telah diterbitkan. Iaya mengandungi beberapa pembetulan pepijat, peningkata prestasi aplikasi dan pembetulan sekuriti yang penting. Semua pengguna Wordpress anda diminta untuk meningkatkan versi wordpress anda kepada versi ini, terutamanya sekiranya anda membenarkan pendaftaran ahli tanpa pantauan. Masalah ini belum diwarwarkan kepada umum, namun ianya akan tidak lama lagi.
Joomla 1.5.3 telah diterbitkan
Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla! telah mengumumkan penerbitan Joomla versi 1.5.3 [Vahi]. Penerbitan ini adalah untuk memperbetulkan masalah pengesahan nama pengkalan data yang wujud di dalam kod Joomla versi 1.5.2. Tujuan utama penerbitan ini adalah untuk memberi peningkatan berterusan dan pembetulan pepijat serta peningkatan kecil kepada pengguna Joomla.
Drupal 6.2 - Peningkatan Sekuriti
Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 6.2. Versi ini mengandungi penyelesaian kepada beberapa masalah yang dilaporkan di dalam sistem pengesan pepijat dan juga masalah sekuriti yang dikesan di dalam kod-kod Drupal versi 6.x.
Sistem Forum phpB3.0.1
Kumpulan pembangun Sistem Forum phpBB telah mengumumkan penerbitan versi 3.0.1. Versi ini memuatkan pembetulan kestabilan sistem forum, pengubahsuaian untuk peningkatan prestasi forum dan pembetulan masalah pepijat umum. Versi ini juga memuatkan dua pembetulan masalah sekuriti kecil di dalam versi sebelumnya.


