Laman web sumber untuk semua pentadbir laman web. Kami membawakan berita-berita terkini mengenai aplikasi-aplikasi untuk laman web anda.

Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Berita Laman

Selamat Datang ke masa2.NET v2.0

Selamat Datang ke laman web masa2.NET. Harap maaf kami sedang dalam proses menaikkan taraf laman web ini untuk membawakan kepada anda lebih banyak maklumat dan informasi mengenai aplikasi laman web.

CloneSpy - Menjimatkan Ruangan Cakera Liut Anda

Bagi mereka yang selalu memuat turun fail dari Internet dan menyimpannya di dalam direktori-direktori yang berbeza dan pada satu ketika anda terlupa mengenainya, anda mungkin menghadapi masalah mempunyai fail yang sama di dalam beberapa tempat. CloneSpy adalah aplikasi percuma berasaskan sumbangan (DonationWare) yang boleh membantu anda mencari fail-fail pendua ini.

Wordpress 2.5 - Satu era baru dalam dunia blog

Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress telah secara rasminya mengumumkan penerbitan Wordpress 2.5. Ianya adalah merupakan hasil daripada usaha berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Di antara fungsi-fungsi menarik di dalam versi ini adalah keupayaan untuk memuat naik fail, peningkatan plugins dengan satu arahan, galeri gambar yang kini diintergrasikan dengan sistem teras dan banyak lagi.

Adobe Photoshop Express

Adobe telah menerbitkan Adobe Photoshop versi web yang diberi nama Photoshop Express. Ianya dibina mengunakan Flex dan mempunyai banyak fungsi-fungsi asas yang boleh digunakan (namun ianya masih tidak dapat menandingi aplikasi sebenar). Terdapat banyak aplikasi manipulasi imej atas talian yang wujud pada masa kini, namun kehadiran Photoshop Express pastinya akan memberikan saingan yang kuat kepada aplikasi-aplikasi tersebut.

Cara mudah untuk kongsi snapshots laman web ada

And mungkin ingin berkongsi snapshot laman web anda dengan rakan-rakan mahupun untuk mendapatkan bantuan atau pendapat mengenai rekebantuk laman web anda. Selalunya ianya dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang dipasang di dalam komputer anda yang kemudiannya akan menukarkan snapshot itu sebagai fail imej yang kemudiannya ada emailkan kepada pihak yang anda ingin kongsi.

Penerbitan Joomla 1.5.2

Kumpulan pembangun sistem portal Joomla telah mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.2 (kod nama: Woi). Peningkatan ini adalah peningkatan pembaikkan biasa. Semua pengguna sistem portal dinasihatkan untuk meningkatkan versi Joomla anda kepada versi yang baru ini.