Anda boleh mengupah ramai penasihat laman web untuk mengoptimasikan laman web anda supaya ianya dapat disenaraikan di enjin pencarian. Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda lakukan sendiri untuk mengoptimasikan laman web anda untuk enjin pencarian.
1. Jangan masukkan data contoh apabila anda memasang sistem Joomla!
Walaupun data contoh kekadang penting untuk anda mula menggunakan Joomla! dan tahu kandungan mana akan dipaparkan, namun kegunaannya hanya setakat itu. Apabila anda bersedia untuk memulakan laman web anda, pastikan anda memadam semua data contoh yang dimasukkan apabila anda memasang sistem Joomla! Ini akan membolehkan hanya kandungan yang berkaitan dengan laman web anda diindekskan oleh enjin pencarian. Pautan dan brita yang tidak berkaitan dengan laman web anda tidak sepatutnya berada di laman web anda. Jangan lupa untuk mengosongkan tong sampah "trash" anda.
2. Your Site Name mestilah dimasukkan dengan betul.
Terdapat sesetengah individu yang gemar untuk memasukkan segalanya di dalam ruangan nama laman dalam Joomla!. Ianya tidak membantu dan bayangkan apabila pelawat laman mendaftar di laman web anda, beliau akan menerima email "Selamat Datang ke Widget, Beli Widget, Widget Murah dan sebagainya". Anda tidak mahu ini terjadi kepada pelawat laman web anda.
3. Jangan Aktifkan pautan PDF
Apabila kami selidiki halaman web yang dibina dengan Joomla!, halaman PDF selalunya mendapat kedudukan tertinggi berbanding dengan halaman sebenar. Disebabkan halaman PDF tidak mempunya menu, ianya adalah jalan mati bagi pelawat laman web anda. Pelawat tidak dapat pergi dari satu laman ke halaman yang lain dengan halaman PDF. Matikannya di dalam aturan Joomla!.
4. Jangan bazirkan pautan laman web anda dengan terlalu banyak pautan sosial yang ada.
Ok, walaupun ianya mempunyai kebaikkannya yang tersendiri, namun apabila dilakukan dengan keterlaluan menyebabkan laman web anda terlalu semak dan berserabut. Tambahan pula, hanya beberapa artikel sahaja yang mempunyai harapan disenaraikan di Digg mahupun Reddit. Untuk itu, hanya bubuh pautan sedemikian untuk artikel terbaik anda.
[pagebreak]
5. Arahkan versi www dan bukan-www halaman web anda ke tempat yang sama.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan kod-kod berikut di dalam fail .htaccess. Pastikan anda menukar NAMADOMAIN dengan nama domain anda.
## Can be commented out if causes errors.
Options FollowSymLinks
# mod_rewrite in use
RewriteEngine On
RewriteCond %{HTTP_HOST} ^MyDomain.com$ [NC]
RewriteRule ^(.*)$ http://www.MyDomain.com/$1 [R=301,L]
RewriteCond %{HTTP_HOST} !^.*MyDomain.com [NC]
RewriteRule (.*) http://www.MyDomain.com/$1 [R=301,L]
6. Aktifkan cache anda
Buat pencarian laman web anda di Google dan anda akan dapat melihat saiz setiap halaman web anda. Laman web yang kecil dan pantas adalah lebih popular dikalangan pelawat laman dan Google. Satu cara yang palin mudah untuk melakukannya adalah dengan mengaktifkan cache untuk laman web anda.
7. Masukkan makumat lengkap mengenai seksyen dan kategori anda
Maklumat ini adalah sangat berguna untuk menyusun atur laman web anda dan untuk memperbaiki kedudukan laman web anda di dalam enjin pencarian. Sekiranya anda menyusun seksyen dan kategori anda dengan betul, halaman web anda akan menjadi lebih mudah untuk pelawat laman dan lelabah enjin pencarian untuk dinavigasi.
8. Kurang kadangkala adalah Banyak
Mempunyai ribuan halaman diindekskan oleh Google tidak semestinya bagus, terutamanya apabila halaman tersebut tidak membawa sebarang nilai atau berguna. Sesetengah komponen misalnya akan menghasilkan halaman yang terlalu banyak yang langsung tidak menambah nilai. Salah satu cara untuk melihat sama ada halaman web anda menghasilkan sampah sarap sedemikian adalah dengan membuat carian di Google site:NAMADOMAINANDA. Sekiranya anda dapati terdapat beberapa halaman yang tidak mempunyai kandungan yang bai, anda mungkin mahu memadamnya.
9. Kosongkan metadata konfigurasi global anda
Kami pasti anda adalah peminat setiap Joomla!, tapi dengan membiarkan metadata "Joomla! - the dynamic portal engine and content management system" tidak langsung menggambarkan tentang laman web anda. Kosongkannya.
10. Yakin Diri
Joomla! adalah merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda membina pelbagai halaman yang berkualiti dan mesra enjin pencarian. Sekiranya anda sentiasa mengawasi laman web anda dan mengambil masa untuk mempelajari bagaimana Joomla! beroperasi, tiada sebab mengapa laman web ada tidak disenaraikan di dalam enjin pencarian.
- Login to post comments

