Kumpulan pembangunan Sistem Blog b2evolution telah mengumumkan bahawa versi 2.2.0-beta "Vegas Again" telah diterbitkan. Selain daripada beberapa pembaharuan dan pembetulan pepijat, versi ini memperkenalkan preset Optimasi Enjin Pencarian (Search Engine Optimisation) yang baru. Konsep ini di ambil dari dua OEP terkemuka iaitu dari: Aaron Wall (SEO Book) dan Stephan Spencer (NetConcepts). Sila semak di dalam tab SEO di dalam aturan blog (Blog Settings) untuk melihat bagaimana pakar OEP mengoptimasikan blog anda. Kini anda boleh melakukannya dengan hanya satu klik.
Versi 2.2 juga telah memperbetulkan banyak isu-isu kecil dari versi 2.1 dan kini b2evo akan bergerak ke arah menstabilkan versi 2.2 yang dijangkakan sebelum hujung tahun ini. Dengan sistem tema (skin) yang baru di dalam 2.2, peningkatan versi akan menjadi lebih mudah berbanding dahulu.
Antara perubahan yang dilakukan di dalam versi ini:
- Photoblog - indeks foto yang lebih tepat dan kaedah pelayaran yang mudah (kepada foto sebelum dan selepas) di dalam mod satu kiriman.
- Pembersihan antaramuka pengguna (muat atas, antispam, dsb).
- Arkib data, halaman kategori dan tag: kini anda boleh menetapkan berapa banyak kiriman yang akan dipaparkan di halaman-halaman tersebut.
- Aturan OEP tambahan.
- Piawai nama fail acuan tema.
- Pembetulan sekuriti.
- Memenuhi piawai XHTML.
- Pembetulan pepijat.
Anda boleh memuat turun fail-fail beta ini di sini.
Sila ambil perhatian bahawa fail ini adalah versi beta dan penggunaan di laman web sebenar adalah tidak digalakkan.
- Login to post comments

