Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 2 guests online.

User login

b2evo 2.4.0 "Venetian"

Sistem Blog b2evolution versi 2.4.0 telah diterbitkan. Ianya diterbitkan beberapa minggu lebih awal daripada sasaran sebenar.  Namun disebabkan terdapat beberapa penambahan fungsi baru di dalam versi ini, kumpulan pembangun b2evolution merasakan ianya perlu diterbitkan segera.

Di antara perubahan atau penambahan yang dilakukan di dalam versi ini adalah:

Ruangan Pentadbiran

  • Memilih senarai untuk pemasangan bagi lebih dari 7 blog.
  • Pengesah kod XHTML, arahan sekuriti dan pemeriksaan antispam kini boleh ditetapkan kepada ahli kumpulan tertentu. Pengesah XHTML boleh tidak diaktifkan untuk panggilan XML-RPC.
  • Peningkatan kepada skrin muat naik.
  • Pemeriksaan sistm yang lebih mampan.
  • Ikon bantuan tambahan di dalam ruangan pentadbiran.

Sandaran Podcast

  • Keupayaan untuk memasukkan URL untuk fail MP3 di dalam 'Link to URL' dan memilih 'Type:Podcast'.
  • Pemain MP3.
  • sandaran tag <enclosure> di dalam RSS2.

Peningkatan Pengendalian Komen

  • Pilihan agar tiada notifikasi di hantar sekiranya komen di tulis oleh pengirim artikel sendiri.
  • Komen boleh diterbitkan secara automatik apabila ianya dihantar oleh ahli yang mempunyai had kebenaran untuk mengendali komen.
  • Pilihan untuk mengubahsuai komen apabila di dalam mode antispam.

Fungsi Tema Baru

  • evobar kini telah ditetapkan di atas skrin.
  • Tag acuan tema yang baru.
  • Gambar thumbnail (termasuk kepada sandaran kepada fail jenis PNG).

dan banyak lagi.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk nota terbitan di sini.

 

Who's new

  • masa2