Submitted by masa2 on Tue, 04/29/2008 - 03:00
Kumpulan pembangun Sistem Blog b2evolution mengumukan penerbitan b2evo versi 2.4.2 (Palms). Di dalam versi ini beberapa pepijat yang wujud di dalam versi 2.4.1 telah dapat diselesaikan. Versi ini juga didatangkan dengan tema tambahan.
Di antara perubahan dan pembetulan pepijat yang dimuatkan di dalam versi ini adalah:
- 3 Tema baru (termasuk keserasian dengan bekas widget) - Terrafirma, PixelGreen dan Vastitude.
- Peningkatan keserasian dengan tema lama.
- Pembetulan masalah pepijat dengan kalendar.
- Pembetulan masalah pepijat dengan data tarikh.
- Pembetulan masalah pepijat dengan nota kaki bagi kiriman.
- Dan pelbagai pepijat kecil yang lain.
Semua pengguna Sistem Blog b2evolution anda digalakkan untuk meningkatkan versi anda kepada versi terbaru ini.
»
- Login to post comments

