Setelah hampir dua bulan, Sistem Blog Nucleus v3.31 telah diterbitkan. Versi ini mempunyai beberapa fungsi baru dan pembaharuan kecil. Anda boleh merujuk kepada sejarah versi di sini. Kami mencadangkan versi ini hanya untuk pemasangan baru.
Sekiranya anda menggunakan Sistem Blog Nuceus v3.24 anda tidaklah perlu untuk meningkatkan versi blog anda. Namun dengan versi baru ini anda dapat menggunakan beberapa fungsi baru dan pembaharuan yang dibuat (seperti plugin events yang baru).
Maklumat penting untuk pengguna Nucleus 3.3
Sistem Blog Nucleus versi 3.3 hanya boleh diperolehi dari halaman project sourceforge.net. Kami tidak membuat sebarang pengumuman rasmi mengenainya kerana kemungkinan terdapat masalah sekuriti dengan plugin NP_Ping. Sekiranya anda sedang menggunakan versi 3.3, anda boleh meningkat versi anda kepada 3.31 dengan memuat turun package peningkatan yang bersesuaian.
- Login to post comments

