Peningkatan Sekuriti Wordpress 2.8.4
Satu masalah sekuriti telah dikenal pasti dan dihapuskan oleh kumpulan pembangun sistem blog Wordpress. Dengan menggunakan URL yang telah direka khas membolehkan penyerang melepasi pemeriksaan sekuriti untuk mengesahkan mereka sebagai ahli berdaftar dan memohon untuk menukar katalaluan untuk admin laman web anda. Email katalaluan yang baru akan dihantar kepada ahli yang sebenar.
Walaupun ianya tidak mendapat sebarang akses kepada laman web anda mahupun akaun admin anda, ianya amat menyusahkan di mana katalaluan anda dipinda beberapa kali.
Peningkatan Sekuriti Wordpress 2.6.5
Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress telah mengemumkan penerbitan Wordpress 2.6.5. Ianya mengandungi pembetulan bagi satu masalah pepijat XSS yang boleh mengeksploitasi data Wordpress anda.
Kepada semua pengguna Wordpress, anda diminta agar dapat meningkatkan Wordpress anda kepada versi ini seberapa segera untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.
Peningkatan Sekuriti Sistem Blog Wordpress 2.6.3
Satu masalah sekuriti telah dikenalpasti di dalam Sistem Blog Wordpress. Masalah ini adalah disebabkan oleh Snoopy Library yang diguna pakai oleh Sistem Blog Wordpress untuk mengekstrak data untuk dipaparkan di Dashboard WordPress anda. Semua pengguna Sistem Blog Wordpress anda digesa agar dapat meningkatkan pemasangan Sistem Blog anda kepada versi 2.6.3.
Peningkatan Sekuriti Wordpress 2.6.2
Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress telah mengumumkan penerbitan Sistem Blog Wordpress versi 2.6.2. Versi ini diterbitkan untuk menyelesaikan beberapa masalah pepijat terutamanya tentang kemungkinan masalah di dalam SQL Column Truncation dan fungsi mt_rand(). Semua pengguna Sistem Blog Wordpress, anda diminta untuk meningkatkan versi sistem blog anda kepada versi ini.
Wordpress versi 2.6.1
Sistem Blog Wordpress 2.6.1 telah diterbitkan untuk membetulkan beberapa masalah pepijat di dalam versi sebelumnya. Ianya bukanlah masalah pepijat ketara dan sekiranya anda menyukai versi 2.6, anda masih boleh terus menggunakannya. Versi 2.6.1 mengandungi beberapa ciri baru terutamanya untuk pengguna-pengguna antarabangsa.
Penerbitan Wordpress 2.6
Sistem Blog Wordpress [Tyner] telah diterbitkan kepada umum sebulan lebih awal daripada perancangan kumpulan pembangun sistem blog ini. Versi ini mempunyai beberapa fungsi baru yang menjadikan Wordpress sebagai sistem blog yang unggul.
Peningkatan Wordpress 2.5.1
Sistem Blog Wordpress versi 2.5.1 telah diterbitkan. Iaya mengandungi beberapa pembetulan pepijat, peningkata prestasi aplikasi dan pembetulan sekuriti yang penting. Semua pengguna Wordpress anda diminta untuk meningkatkan versi wordpress anda kepada versi ini, terutamanya sekiranya anda membenarkan pendaftaran ahli tanpa pantauan. Masalah ini belum diwarwarkan kepada umum, namun ianya akan tidak lama lagi.
Wordpress 2.5 - Satu era baru dalam dunia blog
Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress telah secara rasminya mengumumkan penerbitan Wordpress 2.5. Ianya adalah merupakan hasil daripada usaha berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Di antara fungsi-fungsi menarik di dalam versi ini adalah keupayaan untuk memuat naik fail, peningkatan plugins dengan satu arahan, galeri gambar yang kini diintergrasikan dengan sistem teras dan banyak lagi.
Wordpress 2.3.3 - Peningkatan sekuriti
Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress mengumumkan penerbitan WordPress versi 2.3.3. Ianya adalah merupakan satu penerbitan peningkatan sekuriti yang penting. Semua pengguna WordPress di minta agar dapat menaik tarafkan versi Wordpress ke 2.3.3 dengan segera.
Wordpress 2.3.2 - Peningkatan Sekuriti
Perhatian !! Kepada pengguna-pengguna Wordpress versi 2.3.1 anda diminta agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi 2.3.2. Ini adalah disebabkan, terdapat satu masalah sekuriti yang membolehkan orang luar mendapat akses kepada kiriman draf anda. Versi 2.3.2 juga melindungi beberapa mesej ralat wordpress yang biasanya akan memaparkan maklumat pengkalan data anda dan boleh dimanipulasi.


