Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

  • : Function split() is deprecated in /home/masa2n00/public_html/modules/filter/filter.module on line 895.
  • : Function split() is deprecated in /home/masa2n00/public_html/modules/filter/filter.module on line 895.

Penerbitan Wordpress 2.6

Sistem Blog Wordpress [Tyner] telah diterbitkan kepada umum sebulan lebih awal daripada perancangan kumpulan pembangun sistem blog ini. Versi ini mempunyai beberapa fungsi baru yang menjadikan Wordpress sebagai sistem blog yang unggul.

Di antara fungsi-fungsi baru yang dimuatkan di dalam versi ini di antaranya keupayaan untuk mengesan perubahan ke atas setiap kiriman dan halaman di dalam Wordpress.

Wordpress telah dikenali sebagai satu sistem blog yang mempunyai keupayaan untuk simpan-automatik dokumen dan kiriman semasa anda menaipnya, kini konsep pengubahsuaian secara atas talian (online editing) di bawa ke satu tahap lagi di mana anda boleh mengetahui setiap versi kiriman yang dilakukan (sistem kawalan versi). Ini membolehkan anda kembali kepada versi terdahulu sekiranya anda membuat kesilapan. Bukan itu sahaja, fungsi ini juga berguna bagi laman web yang mempunyai lebih dari satu editor. Anda kini boleh mengesan dan mengawal setiap perubahan yang dilakukan dan siapa yang melakukannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi baru Sistem Blog Wordpress 2.6 sila rujuk berita rasmi dari kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress.

 

 

Who's new

  • masa2