Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Peningkatan Wordpress 2.5.1

Sistem Blog Wordpress versi 2.5.1 telah diterbitkan.  Iaya mengandungi beberapa pembetulan pepijat, peningkata prestasi aplikasi dan pembetulan sekuriti yang penting. Semua pengguna Wordpress anda diminta untuk meningkatkan versi wordpress anda kepada versi ini, terutamanya sekiranya anda membenarkan pendaftaran ahli tanpa pantauan. Masalah ini belum diwarwarkan kepada umum, namun ianya akan tidak lama lagi.

Selain dari pembetulan masalah sekuriti, Wordpress 2.5.1 juga mengandungi banyak pembetulan masalah pepijat. Terdapat lebih dari 70 masalah pepijat telah diselesaikan di dalam versi ini. Di antaranya adalah:

  • Peningkatan prestasi bagi halaman Dashboard, Write Post dan Edit Comments.
  • Prestasi yang lebih ketara terutamanya bagi mereka yang mempunyai banyak kategori.
  • Pembetulan Media Uploader.
  • Peningkatan kepada TinyMCE 3.0.7
  • Pembetulan pentadbiran Widget.
  • Pelbagai pembaharuan kepada kepenggunaan.
  • Pembetulan paparan laman dalam IE.
Jana Kunci Rahsia untuk memperketatkan lagi sekuriti blog anda.

Sejak dari wordpress 2.5, anda boleh menjana kunci rahsia yang kemudiannya akan dimasukkan ke dalam fail wp-config.php. Ini bagi membolehkan Wordpress menjana cookies yang lebih rawak dan sukar untuk diteka. Untuk menjana kunci rahsia anda hanya pergi ke laman web ini dan kemudian salin dan masukkan kod yang di jana ke dalam fail wp-config.php anda. Ini akan memperketatkan lagi sekuriti bagi blog anda.

 

Who's new

  • masa2