Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Wordpress 2.3.2 - Peningkatan Sekuriti

Perhatian !! Kepada pengguna-pengguna Wordpress versi 2.3.1 anda diminta agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi 2.3.2.  Ini adalah disebabkan, terdapat satu masalah sekuriti yang membolehkan orang luar mendapat akses kepada kiriman draf anda. Versi 2.3.2 juga melindungi beberapa mesej ralat wordpress yang biasanya akan memaparkan maklumat pengkalan data anda dan boleh dimanipulasi.

Dapatkan versi terbaru ini sekarang dan hindari laman web anda dari masalah ini. Sebagai bonus tambahan, versi 2.3.2 juga membolehkan anda menetapkan halaman ralat pengkalan data. Masukkan halaman tersebut di wp-content/db-error.php. Sekiranya Wordpress menghadapi sebarang masalah dengan pengkalan data, halaman ni akan dipaparkan, berbanding dengan halaman yang biasanya dipaparkan oleh Wordpress apabila terdapat satu-satu masalah dengan pengkalan data.

Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan dalam versi ini, sila rujuk kepada log perubahan versi 2.3.2.

 

Who's new

  • masa2