Sistem Blog Wordpress 2.6.1 telah diterbitkan untuk membetulkan beberapa masalah pepijat di dalam versi sebelumnya. Ianya bukanlah masalah pepijat ketara dan sekiranya anda menyukai versi 2.6, anda masih boleh terus menggunakannya. Versi 2.6.1 mengandungi beberapa ciri baru terutamanya untuk pengguna-pengguna antarabangsa.
Stail pentadbiran dari kanan-ke-kiri telah diperkemaskan dan juga kewujudan masalah pepijat gettext yang disebabkan oleh beberapa konfigurasi PHP juga telah diperbetulkan. Bagi pengguna pelayan web IIS6, 2.6.1 membetulkan beberapa masalah permalink. Masalah memasukkan gambar di dalam fungsi Press This yang dihadapi oleh pengguna-pengguna Internet Explorer (IE) juga telah diperbetulkan.
Di dalam versi 2.6.1 terdapat 60 pembetulan pepijat. Semua pengguna-pengguna Sistem Blog Wordpress anda boleh meningkatkan versi anda kepada versi ini.
- Login to post comments

