Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Sistem Blog

Wordpress 2.5 - Satu era baru dalam dunia blog

Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress telah secara rasminya mengumumkan penerbitan Wordpress 2.5. Ianya adalah merupakan hasil daripada usaha berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Di antara fungsi-fungsi menarik di dalam versi ini adalah keupayaan untuk memuat naik fail, peningkatan plugins dengan satu arahan, galeri gambar yang kini diintergrasikan dengan sistem teras dan banyak lagi.

b2evo 2.4.1 Nevada telah diterbitkan

Kumpulan pembangun Sistem Blog b2evolution telah mengumumkan penerbitan b2evo versi 2.4.1 (kod nama: Nevada). Ianya telah dilabelkan sebagai penerbitan sistem blog b2evo siri 2.x yang paling stabil. Versi ini dibina berasaskan versi 2.4.0 setelah beberapa minggu cuba menghapuskan pepijat yang wujud. Tiada sebarang pembetulan ketara hanya pengukuhan sistem yang sedia ada.

Wordpress 2.3.3 - Peningkatan sekuriti

Kumpulan pembangun Sistem Blog Wordpress mengumumkan penerbitan WordPress versi 2.3.3. Ianya adalah merupakan satu penerbitan peningkatan sekuriti yang penting. Semua pengguna WordPress di minta agar dapat menaik tarafkan versi Wordpress ke 2.3.3 dengan segera.

b2evo 2.4.0 "Venetian"

Sistem Blog b2evolution versi 2.4.0 telah diterbitkan. Ianya diterbitkan beberapa minggu lebih awal daripada sasaran sebenar.  Namun disebabkan terdapat beberapa penambahan fungsi baru di dalam versi ini, kumpulan pembangun b2evolution merasakan ianya perlu diterbitkan segera.

Wordpress 2.3.2 - Peningkatan Sekuriti

Perhatian !! Kepada pengguna-pengguna Wordpress versi 2.3.1 anda diminta agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi 2.3.2.  Ini adalah disebabkan, terdapat satu masalah sekuriti yang membolehkan orang luar mendapat akses kepada kiriman draf anda. Versi 2.3.2 juga melindungi beberapa mesej ralat wordpress yang biasanya akan memaparkan maklumat pengkalan data anda dan boleh dimanipulasi.

b2 Evo 2.3.0 RC1 Renassiance

Kumpulan pembangun Sistem Blog b2evolution mengumumkan penerbitan b2evo versi 2.3.0 RC1. Walaupun penerbitan ini adalah penerbitan beta, namun ianya cukup stabil dan boleh digunakan di laman web sebenar. Hanya terdapat sedikit masalah kosmetik yang menyebabkan ianya tidak diterbitkan sebagai versi terakhir. Tidak kira versi apa yang anda gunakan, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda menaik tarafkan blog anda kepada versi ini.

b2evo 2.2.0 "Vegas Again" telah diterbitkan

Kumpulan pembangunan Sistem Blog b2evolution telah mengumumkan bahawa versi 2.2.0-beta "Vegas Again" telah diterbitkan. Selain daripada beberapa pembaharuan dan pembetulan pepijat, versi ini memperkenalkan preset Optimasi Enjin Pencarian (Search Engine Optimisation) yang baru. Konsep ini di ambil dari dua OEP terkemuka iaitu dari: Aaron Wall (SEO Book) dan Stephan Spencer (NetConcepts). Sila semak di dalam tab SEO di dalam aturan blog (Blog Settings) untuk melihat bagaimana pakar OEP mengoptimasikan blog anda. Kini anda boleh melakukannya dengan hanya satu klik.

Nucleus v3.31 telah diterbitkan

Setelah hampir dua bulan, Sistem Blog Nucleus v3.31 telah diterbitkan. Versi ini mempunyai beberapa fungsi baru dan pembaharuan kecil. Anda boleh merujuk kepada sejarah versi di sini. Kami mencadangkan versi ini hanya untuk pemasangan baru.

Sekiranya anda menggunakan Sistem Blog Nuceus v3.24 anda tidaklah perlu untuk meningkatkan versi blog anda. Namun dengan versi baru ini anda dapat menggunakan beberapa fungsi baru dan pembaharuan yang dibuat (seperti plugin events yang baru).

b2evo 2.1.0 "Las Vegas" telah diterbitkan

b2evo 2.10 "Las Vegas", versi baru Sistem Blog b2evo 2.1-beta. Versi ini menampilkan API (Application Programme Interface) "skins 2.x" yang lebih stabil. Ini bermakna bahawa inilah kali terakhir anda perlu mengemaskini tema anda. Selepas ini, anda masih boleh memperbaharui keupayaan tema anda sekiranya mahu dan hanya jika perlu. Dengan sistem tema yang baru, ianya bukan sahaja lebih stabil, malah tidak akan ketinggalan zaman.

 

Who's new

  • masa2