Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

phpBB

Sistem Forum phpBB 3.0.4

Kumpulan pembangun sistem forum phpBB mengumumkan penerbitan versi 3.0.4 bagi sistem forum popular ini. Versi ini cuba membetulkan beberapa masalah sekuriti yang terdapat di dalam versi sebelumnya dan juga beberapa peningkatan prestasi aplikasi ini.

Pengguna-pengguna sistem forum phpBB anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi forum anda kepada versi ini. Kumpulan pembangun sistem forum phpBB mengumumkan bahawa versi forum phpBB yang di beri bantuan adalah dari versi 2.0.23. Versi-versi sebelum versi 2.0.23 tidak lagi diberikan bantuan oleh kumpulan pembangun sistem forum phpBB.

Penerbitan phpBB3.0.3

Kumpulan pembangun Sistem Forum phpBB mengumumkan penerbitan phpBB 3.0.3. Versi ini mengandungi beberapa pembetulan penstabilan forum, peningkatan prestasi dan beberapa pembetulan pepijat. Selain daripada beberapa fungsi-fungsi tambahan kecil yang dimuatkan, versi ini menampilkan dua fungsi baru utama - pewarisan acuan dan penyusunan berdasarkan kiriman.

Sistem Forum phpB3.0.1

Kumpulan pembangun Sistem Forum phpBB telah mengumumkan penerbitan versi 3.0.1. Versi ini memuatkan pembetulan kestabilan sistem forum, pengubahsuaian untuk peningkatan prestasi forum dan pembetulan masalah pepijat umum. Versi ini juga memuatkan dua pembetulan masalah sekuriti kecil di dalam versi sebelumnya.

13 December 2007 - phpBB3 Gold akan diterbitkan

7 tahun yang lalu, phpBB 1.0 telah diterbitkan kepada umum. Semenjak dari itu, phpBB telah berkembang menjadi satu Sistem Forum yang unggul dan juga ahli komuniti yang sentiasa berkerjasama untuk memastikan kejayaan phpBB.

Untuk itu, kumpulan pembangun Sistem Forum phpBB mengumumkan bahawa tanggal 13 December 2007, Sistem Forum phpBB3 akan diterbitkan. Pastikan anda melawat laman web masa2.NET untuk sama-sama meraikan titik sejarah ini.

phpBB3 RC 8 telah diterbitkan

Kumpulan phpBB telah mengumumkan penerbitan Sistem Forum phpBB3 Release Candidate 8. Versi ini memperbetulkan beberapa pepijat kritikal di dalam versi sebelumnya. Sekiranya anda menggunakan Sistem Forum phpBB3 anda dinasihatkan agar dapat memperbaharui versi anda kepada versi ini.

-masa2.NET: Sistem Forum phpBB3 masih lagi diperingkat beta. Penggunaannya di dalam laman web yang sebenar adalah tidak digalakkan.-

 

Who's new

  • masa2