Kumpulan phpBB telah mengumumkan penerbitan Sistem Forum phpBB3 Release Candidate 8. Versi ini memperbetulkan beberapa pepijat kritikal di dalam versi sebelumnya. Sekiranya anda menggunakan Sistem Forum phpBB3 anda dinasihatkan agar dapat memperbaharui versi anda kepada versi ini.
-masa2.NET: Sistem Forum phpBB3 masih lagi diperingkat beta. Penggunaannya di dalam laman web yang sebenar adalah tidak digalakkan.-
RC8 mengandungi beberapa pembaharuan dan juga pembetulan pepijat-pepijat kritikal. Di antara pembetulan dan pembaharuan yang dilakukan adalah seperti berikut:
Sila rujuk Log Perubahan untuk mengetahui perubahan-perubahan yang dilakukan semenjak dari versi RC7.
Keperluan Minimum untuk Memasang phpBB3
- Pelayan web (web server) ataupun akaun pengehosan laman web yang mesra PHP.
- Sistem Pengkalan Data SQL (mySQL, MSSQL, Oracle, SQLite, PostgreSQL, Firebird)
- PHP 4.3.3 dan ke atas
- fungsi getimagesize() perlu diaktifkan
Keperluan Tambahan untuk memaksimumkan pengalaman anda
- zLib Compression
- Remote FTP
- XML Support
- Imagemagick
- GD
- Login to post comments

