Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Sistem portal adalah aplikasi yang membolehkan anda membina laman web bercorak portal di mana anda boleh memaparkan berita-berita terkini mengikut kategori-kategori tertentu, artikel-artikel dan juga mempunyai sistem keahlian laman web. Sistem portal banyak diguna pakai di dalam membina laman web syarikat, komuniti, persatuan dan kelab dan banyak lagi. Keupayaan sistem portal untuk dikembangkan dengan modul-modul tambahan menjadikan ianya satu sistem pilihan di dalam pengurusan kandungan-kandungan laman web anda.

Sistem Portal

Penerbitan Joomla 1.5.14

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.14 [Wojmamni ama naiki]. Versi ini mengandungi pembetulan dua pepijat yang terdapat di dalam versi 1.5.13 dan satu masalah sekuriti tahap rendah.


Peningkatan Sekuriti Drupal 6.11 dan Drupal 5.17

Kumpulan pembangun sistem portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 6.11 dan Drupal 5.17. Penerbitan ini adalah peningkatan pembetulan pepijat dan juga pembetuan masalah sekuriti kritikal. Semua pengguna-pengguna sistem portal Drupal anda diminta untuk meningkatkan versi Drupal anda dengan seberapa segera.


Tiada sebarang fungsi baru di dalam versi ini.

Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.10

Kumpulan pembangun sistem portal Joomla mengumumkan penerbitan segera Joomla 1.5.10 [Wohmamni]. Penerbitan ini adalah peningkatan sekuriti dan semua pengguna sistem portal Joomla anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi Joomla anda kepada versi ini.


Versi ini mengandungi 66 pembetulan pepijat, 1 pembetulan masalah sekuriti tahap rendah, dan 1 pembetulan masalah sekuriti tahap sederhana. Ianya diterbitkan setelah lebih dari 11 minggu Joomla 1.5.9 diterbitkan.

Penerbitan Sekuriti Joomla 1.5.9

Kumpulan pembangun sistem potal Joomla mengumumkan penerbitan peningkatan sekuriti Joomla versi 1.5.9. Penerbitan ini adalah untuk membetulkan satu masalah sekuriti kritikal dan satu masalah sekuriti rendah.

Semua pengguna sistem portal Joomla 1.5 anda perlu untuk meningkatkan versi sistem Joomla anda dengan seberapa segera.

Penerbitan Drupal 6.9 dan 5.15

Kumpulan pembangun sistem portal Drupal telah mengumumkan penerbitan Drupal 6.9 (bagi Drupal siri 6.X) dan juga Drupal 5.15 (bagi pengguna Drupal Siri 5.X). Ianya adalah merupakan penerbitan kemaskini dan juga penyelesaian kepada masalah sekuriti kritikal.

Kepada semua pengguna sistem portal Drupal anda dinasihatkan untuk meningkatkan versi anda kepada versi ini dengan segera.

Joomla 1.5.8 telah diterbitkan

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla telah mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.8 [Wohnaiki]. Penerbitan ini mengandungi beberapa pembetulan kepada masalah pepijat dan juga pembetulan bagi dua masalah sekuriti sederhana. Semua pengguna Sistem Portal Joomla anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi nda kepada versi ini.

Xoops 2.30 Final telah diterbitkan

Sistem Portal Xoops 2.30 Final telah diterbitkan kepada umum. Penerbitan ini adalah merupakan penerbitan yang paling bermakna untuk tahun ini. Versi ini menggabungkan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Xoops 2.0 dan Xoops 2.2 dan bersedia untuk bergerak ke hadapan untuk versi 3.0.

Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.7

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla! telah mengumumkan penerbitan Joomla versi 1.5.7. Penerbitan versi ini adalah untuk membetulkan 1 masalah pepijat kritikal, 1 masalah pepijat utama dan 2 masalah pepijat kritikal. Semua pengguna Sistem Portal Joomla! anda diminta untuk meningkatkan versi Joomla anda kepada versi ini.

Peningkatan Sekuriti Drupal 6.4 dan 5.10

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan sekuriti Drupal 6.4 dan Drupal 5.10. Semua pengguna Sistem Portal Drupal, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi ini. Tidak terdapat sebarang fungsi baru di dalam versi ini, hanya pembetulan masalah sekuriti.

Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.6

Satu masalah sekuriti telah dikenalpasti di dalam sistem Portal Joomla 1.5X. Masalah sekuriti ini membolehkan seseorang mendapat akses kepada laman web anda tanpa anda sedari. Kepada semua pengguna sistem Portal Joomla versi sebelum 1.5.6, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda dengan segera kepada versi ini.

 

Who's new

  • masa2