Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 0 guests online.

User login

Drupal

Peningkatan Sekuriti Drupal 6.11 dan Drupal 5.17

Kumpulan pembangun sistem portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 6.11 dan Drupal 5.17. Penerbitan ini adalah peningkatan pembetulan pepijat dan juga pembetuan masalah sekuriti kritikal. Semua pengguna-pengguna sistem portal Drupal anda diminta untuk meningkatkan versi Drupal anda dengan seberapa segera.


Tiada sebarang fungsi baru di dalam versi ini.

Penerbitan Drupal 6.9 dan 5.15

Kumpulan pembangun sistem portal Drupal telah mengumumkan penerbitan Drupal 6.9 (bagi Drupal siri 6.X) dan juga Drupal 5.15 (bagi pengguna Drupal Siri 5.X). Ianya adalah merupakan penerbitan kemaskini dan juga penyelesaian kepada masalah sekuriti kritikal.

Kepada semua pengguna sistem portal Drupal anda dinasihatkan untuk meningkatkan versi anda kepada versi ini dengan segera.

Peningkatan Sekuriti Drupal 6.4 dan 5.10

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan sekuriti Drupal 6.4 dan Drupal 5.10. Semua pengguna Sistem Portal Drupal, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi ini. Tidak terdapat sebarang fungsi baru di dalam versi ini, hanya pembetulan masalah sekuriti.

Peningkatan Sekuriti Drupal 6.3 dan 5.8

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan Drupal 6.3 (bagi pengguna Drupal 6.X) dan Drupal 5.8 (bagi pengguna Drupal 5.X). Penerbitan ini bagi menyelesaikan masalah yang telah dilaporkan di dalam sistem pengesanan pepijat dan juga masalah sekuriti.

Drupal 6.2 - Peningkatan Sekuriti

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 6.2. Versi ini mengandungi penyelesaian kepada beberapa masalah yang dilaporkan di dalam sistem pengesan pepijat dan juga masalah sekuriti yang dikesan di dalam kod-kod Drupal versi 6.x.

Peningkatan Sekuriti Drupal 6.1

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan peningkatan sekuriti kepada Drupal versi 6.1. Peningkatan ini cuba menyelesaikan masalah XSS (Skrip Silangan Laman) yang membolehkan pelawat laman menyuntik kod-kod HTML dan skrip di dalam borang ubahsuai kandungan.

Drupal 5.7 telah diterbitkan

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 5.7 dan Drupal 4.7.11. Versi peningkatan ini adalah versi pembetulan pepijat. Tiada fungsi baru yang diperkenalkan di dalam versi ini.

Peningkatan Sekuriti - Drupal 4.7.11 dan 5.6

Pihak pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan versi peningkatan sekuriti Drupal 4.7.11 dan Drupal 5.6. Sekiranya anda pengguna sistem portal Drupal versi 4.1.10 dan 5.5 anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda dengan segera untuk mengelakkan masalah sekuriti ini.

Drupal 6 RC1 telah diterbitkan

Setelah 4 penerbitan versi beta, pelbagai pembetulan pepijat dan pembaharuan antaramuka pengguna, kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal dengan bangganya menerbitakan Sistem Portal Drupal versi 6 RC1. Walaupun masih terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti dan masih lagi dalam proses pembetulan, kod-kod Drupal versi 6 telah stabil dan sedia untuk diuji oleh komuniti pengguna. Semenjak dari penerbitan versi beta terakhir dua minggu yang lepas, beberapa peningkatan kepada dokumentasi pembangun dan pengukuhan beberapa fungsi peningkatan telah dilakukan kepada kod Drupal versi 6, modul-modul yang sedia ada, pembikinan semula teks bantuan pengguna dan keterangan mengenai borang-borang (forms) kepada yang lebih mudah difahami dan tepat. Kini login ahli lebih selamat, boleh digunakan untuk bahasa dari kanan ke kiri, dan peningkatan kepada indeks jadual pengkalan data untuk membantu integriti rujukan dan peningkatan prestasi.

Drupal 5.5 dan Drupal 4.7.10 - Versi Pembetulan

Terdapat sedikit pembetulan dilakukan kepada Sistem Portal Drupal versi 5.4 dan versi 4.7.9. Pembetulan ini adalah bagi memperbetulkan masalah dengan kod-kod taxanomy di dalam versi sebelumnya yang menyebabkan ianya tidak dapat menjana RSS feeds dengan betul.

 

Who's new

  • masa2