Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Drupal 6.0 Beta 3 telah diterbitkan

Dengan hanya sebulan sahaja lagi sebelum percubaan beta aktif, kod Drupal telah berkembang menjadi lebih stabil setiap hari. Sejak Drupal 6 beta 2 diterbitkan, pihak Drupal telah membetulkan lebih daripada 180 pembetulan di dalam kod Drupal 6.x, dan kini pihak Drupal mengumumkan penerbitan versi beta ketiga bagi Drupal 6.x. Versi beta ini mengandungi beberapa peningkatan penggunaan dan pembetulan pepijat yang telah dijumpai.

Perubahan ketara di dalam versi ini sejak Drupal 6 beta 2 adalah penambahan beberapa kod, anatamuka dan pembetulan dokumentasi, pembetulan kod-kod HTML yang sah, peningkatan prestasi dan sistem acuan yang lebih mudah. Sistem teras kini berfungsi tanpa menyebabkan jadual pengkalan data anda terkunci dan penggunaan jadual pengkalan data sementara, menjadikan Drupal lebih berkemampuan di dalam suasana pengehosan bersama (shared hosting), di tambah pula dengan peningkatan prestasi di dalam masa yang sama. Keupayaan untuk variasi tempatan di dalam proses pemasangan telah disempurnakan, begitu juga dengan sistem pelaporan ralat dan pengurusan keperluan semasa proses pemasangan. Di antara peningkatan penggunaan yang utama di dalam versi beta ini adalah keupayaan untuk keupayaan untuk tarik dan lepas (drag & drop) blok, menu dan antaramuka pentadbiran penapisan format.

Bila versi 6.0 akan diterbitkan? 

Pihak Drupal bercadang untuk membina beta terakhir di dalam masa seminggu sebelum Drupal 6 Release Candidate diterbitkan, melainkan wujud pepijat utama di dalam versi beta. Drupal 6 akan hanya diterbitkan selepas (a) tiada pepijat kritikal dan (b) mempunyai sekurang-kurangnya satu penerbitan tanpa perlu menambah fungsi baru. Bilakah ianya dijangkakan? Ianya bergantung kepada berapa ramai yang bersedia untuk turung padang dan membantu! Lagi ramai yang bersedia menolong, lagi cepat pepijat dan pembetulannya dapat dilakukan, dan seterusnya lebih cepat versi 6.0 akan diterbitkan.

 

Who's new

  • masa2