Menuruti penerbitan Sistem Portal Drupal versi 6.0 Beta 3 dua minggu lepas, kumpulan pembangun Drupal mengumumkan penerbitan versi beta baru - Versi 6.0 Beta 4. Semenjak daripada versi beta terdahulu terdapat lebih dari 80 pembetulan yang dilakukan di dalam kod-kod Drupal 6.X. Versi beta terbaru ini juga dimuatkan dengan beberapa peningkatan fungsi dan penghapusan pepijat.
Di antara perubahan yang dilakukan sejak dari versi batu terdahulu termasuk beberapa pembetulan kepada penggunaan pelbagai bahasa, peningkatan cache, teks bantuan yang lebih jelas, keupayaan untuk tarik dan lepas (drag & drop) untuk rangka book, pentadbiran profail ahli, halaman taxanomy dan muat atas dan juga pembetulan kepada penjanaan teaser. Dengan kewujudan butang tema dari kanan-ke-kiri, telah menyempurnakan keupayaan untuk penjanaan halaman RTL bagi semua tema teras.
Sekuriti Drupal juga telah diperkukuhkan, menutup kemungkinan perlaksanaan skrip luaran (XSS) dan kemungkinan perlaksanaan skrip penipuan permintaan halaman (CSRF). Penerbitan beta ini juga mengandungi pembetulan sekuriti yang terdapat di dalam versi 5.4 dan 4.7.9.
- Login to post comments

