Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 6.2. Versi ini mengandungi penyelesaian kepada beberapa masalah yang dilaporkan di dalam sistem pengesan pepijat dan juga masalah sekuriti yang dikesan di dalam kod-kod Drupal versi 6.x.
Masalah sekuriti di dalam Drupal 6.x membolehkan mana-mana ahli berdaftar mengubah maklumat ahli berdaftar lain. Anda boleh membaca SA-2008-026 untuk maklumat lanjut mengenai masalah sekuriti ini.
Masalah sekuriti ini telah dikenalpasti hanya melibatkan Drupal 6.x dan tidak terdapat di dalam Drupal 5.x. Semua pengguna-pengguna sistem portal Drupal, anda diminta agar dapat meningkatkan versi Drupal anda kepada versi terbaru ini.
Maklumat Penting Peningkatan
Adalah mustahak untuk anda memastikan proses-proses berikut apabila membuat peningkatan Drupal 6.2.
- Pertamanya, pastikan anda log masuk sebagai ahli nombor satu atau aturan di dalam file settings.php mempunyai kod $update_free_access = TRUE; supaya tiada orang yang boleh mengakses fail update.php ketika anda membuat proses peningkatan. Anda digalakkan untuk log masuk sebagai ahli nombor satu kerana anda mungkin mempunyai masalah untuk mendapat had kebenaran menulis kepada fail aturan anda.
- Tukarkan status laman web anda kepada offline.
- Hanya selapas itu anda gantikan fail-fail Drupal anda dengan fail-fail baru di dalam versi 6.2.
- Laksanakan fail update.php.
- Tukarkan status laman web anda kembali kepada asal.
- Sekiranya anda telah mengubahsuai fail settings.php, pastikan anda tetapkan aturannya kepada $update_free_access = FALSE.
Sekiranya anda tidak mengikuti prosedur di atas dan hanya menggantikan fail-fail dari versi 6.2 ke atas fail-fail versi lama anda, anda akan mendapat mesej ralat "Fatal error: Call to undefined function user_uid_optional_to_arg() in includes/menu.inc on line 594" dan anda tidak akan dapat menetapkan laman web anda kepada mod offline dari laman web selagi anda tidak melaksanakan update.php.
- Login to post comments

