Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 2 guests online.

User login

Peningkatan Sekuriti Drupal 6.1

Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan peningkatan sekuriti kepada Drupal versi 6.1. Peningkatan ini cuba menyelesaikan masalah XSS (Skrip Silangan Laman) yang membolehkan pelawat laman menyuntik kod-kod HTML dan skrip di dalam borang ubahsuai kandungan.

Semua pengguna Drupal 6.0 anda dinasihatkan untuk meningkatkan versi anda kepada versi ini. Seperti biasa terdapat dua cara anda boleh menyelesaikan masalah ini, iaitu sama ada meningkatkan versi anda kepada versi ini atau hanya melakukan perubahan-perubahan tertentu di dalam kod Drupal anda.

masa2.NET menyarankan agar anda meningkatkan versi anda kerana dengan hanya melakukan perubahan akan menyebabkan laman Drupal anda tidak mempunya sebarang versi dan anda tidak akan dapat mengetahui sama ada anda telah menggunakan versi terkini.

Tiada sebarang penambahan fungsi terdapat di dalam versi ini, namun terdapat pembetulan-pembetulan pepijat kecil yang lain di dalam versi ini.

 

Who's new

  • masa2