Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 2 guests online.

User login

Drupal

Drupal 6.0 Beta 4 telah diterbitkan

Menuruti penerbitan Sistem Portal Drupal versi 6.0 Beta 3 dua minggu lepas, kumpulan pembangun Drupal mengumumkan penerbitan versi beta baru - Versi 6.0 Beta 4. Semenjak daripada versi beta terdahulu terdapat lebih dari 80 pembetulan yang dilakukan di dalam kod-kod Drupal 6.X. Versi beta terbaru ini juga dimuatkan dengan beberapa peningkatan fungsi dan penghapusan pepijat.

Drupal 5.4 dan Drupal 4.7.9 - Peningkatan Sekuriti

Kumpulan Pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan Drupal versi 5.4 dan Drupal versi 4.7.9. Peningkatan ini adalah peningkatan sekuriti. Bagi pengguna-pengguna Drupal versi 5.3 dan versi 4.7.8 anda dinasihatkan agar dapat memperbaharui versi Drupal anda kepada versi ini.

Drupal 6.0 Beta 3 telah diterbitkan

Dengan hanya sebulan sahaja lagi sebelum percubaan beta aktif, kod Drupal telah berkembang menjadi lebih stabil setiap hari. Sejak Drupal 6 beta 2 diterbitkan, pihak Drupal telah membetulkan lebih daripada 180 pembetulan di dalam kod Drupal 6.x, dan kini pihak Drupal mengumumkan penerbitan versi beta ketiga bagi Drupal 6.x. Versi beta ini mengandungi beberapa peningkatan penggunaan dan pembetulan pepijat yang telah dijumpai.

 

Who's new

  • masa2