Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 0 guests online.

User login

Joomla

Penerbitan Joomla 1.5.14

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.14 [Wojmamni ama naiki]. Versi ini mengandungi pembetulan dua pepijat yang terdapat di dalam versi 1.5.13 dan satu masalah sekuriti tahap rendah.


Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.10

Kumpulan pembangun sistem portal Joomla mengumumkan penerbitan segera Joomla 1.5.10 [Wohmamni]. Penerbitan ini adalah peningkatan sekuriti dan semua pengguna sistem portal Joomla anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi Joomla anda kepada versi ini.


Versi ini mengandungi 66 pembetulan pepijat, 1 pembetulan masalah sekuriti tahap rendah, dan 1 pembetulan masalah sekuriti tahap sederhana. Ianya diterbitkan setelah lebih dari 11 minggu Joomla 1.5.9 diterbitkan.

Penerbitan Sekuriti Joomla 1.5.9

Kumpulan pembangun sistem potal Joomla mengumumkan penerbitan peningkatan sekuriti Joomla versi 1.5.9. Penerbitan ini adalah untuk membetulkan satu masalah sekuriti kritikal dan satu masalah sekuriti rendah.

Semua pengguna sistem portal Joomla 1.5 anda perlu untuk meningkatkan versi sistem Joomla anda dengan seberapa segera.

Joomla 1.5.8 telah diterbitkan

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla telah mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.8 [Wohnaiki]. Penerbitan ini mengandungi beberapa pembetulan kepada masalah pepijat dan juga pembetulan bagi dua masalah sekuriti sederhana. Semua pengguna Sistem Portal Joomla anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi nda kepada versi ini.

Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.7

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla! telah mengumumkan penerbitan Joomla versi 1.5.7. Penerbitan versi ini adalah untuk membetulkan 1 masalah pepijat kritikal, 1 masalah pepijat utama dan 2 masalah pepijat kritikal. Semua pengguna Sistem Portal Joomla! anda diminta untuk meningkatkan versi Joomla anda kepada versi ini.

Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.6

Satu masalah sekuriti telah dikenalpasti di dalam sistem Portal Joomla 1.5X. Masalah sekuriti ini membolehkan seseorang mendapat akses kepada laman web anda tanpa anda sedari. Kepada semua pengguna sistem Portal Joomla versi sebelum 1.5.6, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda dengan segera kepada versi ini.

Joomla 1.5.5 telah diterbitkan

Komuniti pembangun Sistem Portal Joomla mengumumkan penerbitan Joomla versi 1.5.5 [Manmi]. Ianya adalah penerbitan untuk menyelesaikan masalah paparan Tajuk dua kali di dalam versi 1.5.4. Versi ini juga mengandungi peningkatan dan pembetulan kepada URL SEF bagi com_content yang penting dan juga beberapa pembetulan pepijat.

Joomla 1.5.4 telah diterbitkan

Sistem Portal Joomla 1.5.4 [Naiki] telah diterbitkan kepada umum. Penerbitan ini adalah merupakan penerbitan selenggara biasa yang mengandungi beberapa penyelesaian kepada masalah sekuriti yang rendah, beberapa pembetulan pepijat dan pembaharuan.

Joomla 1.5.3 telah diterbitkan

Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla! telah mengumumkan penerbitan Joomla versi 1.5.3 [Vahi]. Penerbitan ini adalah untuk memperbetulkan masalah pengesahan nama pengkalan data yang wujud di dalam kod Joomla versi 1.5.2. Tujuan utama penerbitan ini adalah untuk memberi peningkatan berterusan dan pembetulan pepijat serta peningkatan kecil kepada pengguna Joomla.

Penerbitan Joomla 1.5.2

Kumpulan pembangun sistem portal Joomla telah mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.2 (kod nama: Woi). Peningkatan ini adalah peningkatan pembaikkan biasa. Semua pengguna sistem portal dinasihatkan untuk meningkatkan versi Joomla anda kepada versi yang baru ini.

 

Who's new

  • masa2