Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla telah mengumumkan penerbitan versi stabil Sistem Portal Joomla 1.5 [Khepri]. Setelah berusaha keras dalam merombak kod-kod Joomla dan beberapa sesi pembetulan pepijat diikuti dengan beberapa penerbitan versi Release Candidate, akhirnya versi stabil Joomla 1.5 telah berjaya diterbitkan.
Joomla 1.5 membawa satu dimensi baru berbanding dengan versi 1.0. Membina extensions yang baru kini lebih mudah dan cepat dengan adanya API (Application Programming Interface) yang komprehensif. Antaramuka yang mudah menghapuskan keperluan untuk menekan pautan yang tidak perlu dan kandungan akan berubah mengikut konteks tertentu. Versi ini juga kini mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti set karakter tambahan, bahasa dari kanan ke kiri, dan keupayaan untuk menterjemah perkataan-perkataan statik di halaman hadapan dan pentadbiran. Ini menjadikan Joomla 1.5 lebih global dan boleh mudah untuk disesuaikan dengan bahasa lain. Pilihan tambahan juga wujud di bahagian tema yang memberikan keupayaan sepenuhnya kepada pereka laman web untuk mencipta tema.
Penerbitan 1.5 merupakan satu titik tolak kepada satu permulaan kepada pembinaan sistem portal yang lebih ke hadapan.
Sia rujuk Nota terbitan untuk mengetahui dengan lebih lanjut perubahan yang dilakukan di dalam versi baru ini.
- Login to post comments

