Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

Penerbitan Joomla 1.0.14 RC1

Kumpulan Pembangun Joomla mengumumkan penerbitan Sistem Portal Joomla 1.0.14 RC1. Versi ini cuba memperbetulkan beberapa masalah sekuriti yang ditemui di dalam versi 1.0.13. Walaupun perubahan yang dilakukan tidaklah begitu ketara, ianya melibatkan banyak fail. Untuk itu, penerbitan ini masih diperingkat percubaan.

Semua pengguna Sistem Joomla 1.0.13 adalah dinasihatkan untuk memasang versi baru ini di salinan pendua laman web anda (bukan halaman sebenar). Pasikan segalanya berjalan dengan lancar sebelum memasangnya di halaman web sebenar.

Di antara masalah sekuriti yang cuba diperbaiki di dalam versi ini adalah:

  • Pembetulan masalah XSS di dalam com_search
  • Pembetulan masalah XSS di dalam halaman hasil pencarian
  • Pembetulan beberapa salah taip di dalam com_content yang menyebabkan pemeriksaan integer tidak effektif
  • Pembetulan maslah CSRF di dalam Component pentadbiran yang membolehkan laman terdeah kepada serangan.

PERHATIAN!! Versi ini masih lagi diperingkat beta. Anda dinasihatkan untuk membuat salinan pendua halaman web anda dan melakukan penaikkan versi terhadap salinan pendua itu. Pastikan segala komponen dan integriti data anda. Dan sekiranya berpuas hari barulah penaikkan versi kepada halaman sebenar dilakukan.

 

Who's new

  • masa2