Submitted by masa2 on Tue, 03/25/2008 - 03:00
Kumpulan pembangun sistem portal Joomla telah mengumumkan penerbitan Joomla 1.5.2 (kod nama: Woi). Peningkatan ini adalah peningkatan pembaikkan biasa. Semua pengguna sistem portal dinasihatkan untuk meningkatkan versi Joomla anda kepada versi yang baru ini.
Di antara beberapa perubahan yang dilakukan di dalam versi ini adalah:
- Serasian dengan format kalendar bukan Gregorian.
- Pembuangan pergantungan kepada input pelayan web untuk maklumat tarikh.
- Peningkatan TCPDF - Serasian dengan bahasa RTL (kanan ke kiri) dan imej GIF di dalam dokumen PDF yang dihasilkan (memerlukan PHP dengan extensi GD2).
- Pembetulan kepada pengesanan direktori cache dengan mod legasi.
- Keupayaan untuk menyahaktifkan Muat Atas Flash di dalam Flash Manager.
- Pembetulan fungsi OpenID.
- Penapisan pilihan artikel lanjutan di dalam Aturan Artikel.
dan beberapa perubahan API lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web Joomla.org.
»
- Login to post comments

