MD-Pro 1.0821 telah diterbitkan
Kumpulan pembangun Sistem Portal MD-Pro mengumumkan penerbitan MD-Pro versi 1.0821. Versi ini adalah versi peningkatan di mana beberapa pembetulan pepijat dan penambahan fungsi telah dilakukan. Kumpulan pembangun Sistem Portal MD-Pro mengumumkan penerbitan MD-Pro versi 1.0821. Versi ini adalah versi peningkatan di mana beberapa pembetulan pepijat dan penambahan fungsi telah dilakukan.
Di antara fungsi-fungsi baru yang terdapat di dalam versi ini adalah:
Modul Shoutit dan Emoticon untuk MD-Pro
MD-Pro telah mengumumkan penerbitan dua modul untuk menambahkan lagi fungsi laman web anda - Modul Shoutit dan juga Modul Emoticon. Modul Shoutit diterbitkan berdasarkan modul shoutbox yang banyak digunakan oleh Sistem Portal lain. Modul ini membolehkan anda untuk berkomunikasi secara terus dengan pelawat laman web anda.
Modul Komen untuk MDPro 1.0.82
Modul Komen untuk Sistem Portal MD Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini adalah peningkatan kepada modul komen yang lama yang telah disesuaikan dengan versi terbaru ini. Sebelum memasang modul ini sila baca Nota Terbitan terlebih dahulu. Modul Komen untuk Sistem Portal MD Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini adalah peningkatan kepada modul komen yang lama yang telah disesuaikan dengan versi terbaru ini. Sebelum memasang modul ini sila baca Nota Terbitan terlebih dahulu.
Modul MDHome telah diterbitkan
Modul MDHome, modul untuk Sistem Portal MD-Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini membolehkan anda menyusun rupabentuk halaman utama anda. Ianya adalah satu modul yang kecil untuk mengurus halaman utama laman web anda. MDHome adalah modul Autorender yang mempunyai acuan (template), pelbagai bahasa dan boleh menggunakan sistem had kebenaran di dalam MD-Pro. Modul MDHome, modul untuk Sistem Portal MD-Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini membolehkan anda menyusun rupabentuk halaman utama anda. Ianya adalah satu modul yang kecil untuk mengurus halaman utama laman web anda.
MD Pro 1.0.82 telah tiba
Sistem Portal MD Pro 1.0.82 telah dikeluarkan untuk kegunaan umum oleh Kumpulan Maxdev. Versi baru ini menawarkan beberapa fungsi baru, optimasi keupayaan MD Pro dan juga pembetulan sekuriti.
Berikut adalah beberapa fungsi yang wujud dalam versi baru ini.


