Submitted by masa2 on Tue, 10/02/2007 - 03:00
Sistem Portal MD Pro 1.0.82 telah dikeluarkan untuk kegunaan umum oleh Kumpulan Maxdev. Versi baru ini menawarkan beberapa fungsi baru, optimasi keupayaan MD Pro dan juga pembetulan sekuriti.
Berikut adalah beberapa fungsi yang wujud dalam versi baru ini.
- sistem pengurusan fail-fail media, flash, realplayer, youtube, quicktime, windowsmedia, shockware, dsb yang lebih kemas.
- peningkatan editor tinymce yang baru.
- keupayaan membina menu melintang dengan MDMenus.
- tema asas yang telah dikemaskini dan mesra W3C.
- peningkatan dan pembetulan sistem pemasangan dan peningkatan versi.
- kemaskini sistem bahasa.
- kemaskini dokumentasi.
- penambahan AJAX library
- penambahan dan kemaskini plugin Smarty dan ADODB.
- modul Pencarian (Search) baru yang boleh diacukan.
Versi 1.0.82 diterbitkan sebagai pengganti versi 1.0.81 dan hanya diterbitkan dalam pakej penuh. Anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda kepada versi ini kerana versi 1.0.81 tidak lagi diberi bantuan teknikal.
MD Pro Versi 1.0.85 dijangka akan diterbitkan pada hujung tahun ini menawarkan pelbagai fungsi tambahan serta penggunaan AJAX yang pastinya akan menambahkan keupayaan sistem portal ini dalam menjadi sistem portal unggul.
»
- Login to post comments

