Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.

User login

MD-Pro 1.0821 telah diterbitkan

Kumpulan pembangun Sistem Portal MD-Pro mengumumkan penerbitan MD-Pro versi 1.0821. Versi ini adalah versi peningkatan di mana beberapa pembetulan pepijat dan penambahan fungsi telah dilakukan. Kumpulan pembangun Sistem Portal MD-Pro mengumumkan penerbitan MD-Pro versi 1.0821. Versi ini adalah versi peningkatan di mana beberapa pembetulan pepijat dan penambahan fungsi telah dilakukan.

Di antara fungsi-fungsi baru yang terdapat di dalam versi ini adalah:

  • Fungsi tambahan di dalam pentadbiran penghantaran berita.
  • Fungsi tambahan di dalam pentadbiran berita.
  • Penambahan pilihan sama ada untuk memaparkan berita di dalam bentuk jadual (table) atau tanpa table (css).
  • Peningkatan sandaran kepada rupa bentuk kolum pelbagai.
  • Peningkatan kepada modul Errore, MDMenus, MDUSers.

dan banyak lagi.

Hanya pakej penuh yang disediakan. Kumpulan pembangun Maxdev juga mengumumkan dengan penerbitan versi ini, MD-Pro versi 1.076 dan sebelumnya tidak lagi diberikan bantuan. Kesemua pentadbir laman adalah digesa untuk meningkatkan versi anda kepada versi ini.

Untuk meningkatkan versi anda kepada versi ini, hanya upload ke semua fail di dalam direktori md-pro anda (KECUALI fail-fail di dalam direktori config). Kemudian laksanakan fail http://www.domainanda.com/install.php dan lakukan proses peningkatan.

Perlukan bantuan? Sila kemukakannya di Forum Bantuan kami atau hubungi masa2.COM untuk bantuan sepenuhnya.

 

Who's new

  • masa2