Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 2 guests online.

User login

Xoops

Xoops 2.30 Final telah diterbitkan

Sistem Portal Xoops 2.30 Final telah diterbitkan kepada umum. Penerbitan ini adalah merupakan penerbitan yang paling bermakna untuk tahun ini. Versi ini menggabungkan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Xoops 2.0 dan Xoops 2.2 dan bersedia untuk bergerak ke hadapan untuk versi 3.0.

Xoops 2.0.18.1 telah diterbitkan

Sistem Portal Xoops versi 2.0.18.1 telah diterbitkan kepada umum. Versi ini cuba untuk memperbetulkan masalah pengarahan semula URL (URL redirect) dan kemasukan fail tempatan. Di samping itu juga terdapat 7 pembaharuan yang dilakukan di dalam versi ini.

Penerbitan Xoops 2.0.18

Kumpulan pembangun Sistem Portal Xoops telah mengumumkan penerbitan Xoops versi 2.0.18. Versi ini adalah versi pembetulan sekuriti. Kepada semua pengguna sistem portal Xoops anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi Xoops anda kepada versi ini.

Penerbitan Pembetulan Sekuriti Xoops 2.2.5

Satu masalah sekuriti XSS (Cross Site Scripting) telah dilaporkan bagi Sistem Portal Xoops versi 2.2*. Kesemua pengguna Sistem Portal Xoops versi 2.2* dinasihatkan agar dapat mengemaskini pemasangan anda kepada versi pembetulan sekuriti ini.

Xoops 2.0.18 RC

Kumpulan Pembangun Sistem Portal Xoops mengumumkan penerbitan Xoops versi 2.0.18 RC. Matlamat utama versi ini adalah  untuk memperbetulkan masalah sekuriti.

Di dalam versi ini juga anda akan dapati bahawa tema "phpkaox" dan "x2t" telah dikeluarkan dari pakej rasmi Xoops. Tema "zetagenesis" yang direka oleh Kris telah dimasukkan bagi eksperimen mengenai Jentara Tema Xoops 3.0 yang baru.

Projek Dokumentasi Xoops bermula

Modul MediaWiki telah dipasang di www.xoops.org sebagai menandakan permulaan kepada Projek Dokumentasi Xoops. Dokumen ini akan mencakupi beberapa topik utama seperti:

 

Who's new

  • masa2