Navigation

Who's online

There are currently 0 users and 0 guests online.

User login

Xoops 2.0.18 RC

Kumpulan Pembangun Sistem Portal Xoops mengumumkan penerbitan Xoops versi 2.0.18 RC. Matlamat utama versi ini adalah  untuk memperbetulkan masalah sekuriti.

Di dalam versi ini juga anda akan dapati bahawa tema "phpkaox" dan "x2t" telah dikeluarkan dari pakej rasmi Xoops. Tema "zetagenesis" yang direka oleh Kris telah dimasukkan bagi eksperimen mengenai Jentara Tema Xoops 3.0 yang baru.

Di antara perubahan yang dilakukan adalah:

  • Penambahan pembersih kepada parameter integer sebelum perlaksaan pertanyaan pengkalan data untuk mengelakkan suntikan SQL.
  • Penambahan pembersih kepada elem borang (form) Xoops untuk mengelakkan masalah XSS.
  • Penambahan tema "zetagenesis"
  • Peningkatan bagi pemeriksaan had kebenaran di dalam sistem komen.

Untuk mengetahui perubahan yang dilakukan dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada Nota Penerbitan dan Log Perubahan Penuh.

Sila ambil perhatian bahawa versi ini adalah versi beta dan penggunaan di dalam laman web sebenar adalah tidak digalakkan.

 

Who's new

  • masa2