Kumpulan pembangun Postnuke mengumumkan penerbitan Postnuke .8 RC2 kepada umum. Di dalam versi ini terdapat banyak pembetulan pepijat dilakukan dan penulisan semula kod-kod untuk modul categories dan pembaharuan proses peningkatan bagi pengguna-pengguna Sistem Portal Postnuke .764.
Terdapat 3 pakej yang diterbitkan kali ini.
Pakej Teras [zip | tar.gz] - hanya mengandungi sistem teras yang menjana Postnuke tanpa modul untuk kandungan. Ianya sesuai bagi laman web baru dan hanya masukkan modul yang anda perlukan.
Tambahan Nilai [zip | tar.gz] - mengandungi semua modul kandungan yang wujud di dalam versi .7X yang telah disesuaikan untuk versi ini.
Pakej Peningkatan [zip | tar.gz] - mengandungi kesemuanya bagi pengguna-pengguna Sistem Portal versi .764. Ia mengandungi sistem teras dan juga modul-modul kandungan tambahan.
Perlu di ambil perhatian bahawa versi ini adalah versi beta. Penggunaan di dalam laman web sebenar adalah tidak digalakkan.
- Login to post comments

