Peningkatan Sekuriti Joomla 1.5.1
Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla! mengumumkan penerbitan versi peningkatan sekuriti versi 1.5.1. Versi ini cuba membetulkan masalah pepijat yang dihadapi di dalam plugin API XML-RPC. Walaupun fungsi ini tidak diaktifkan secara automatik di dalam versi stabil Joomla 1.5, dan ianya perlu diaktifkan secara manual terlebih dahulu sebelum laman web anda terdedah kepada serangan, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi Joomla! anda kepada versi ini.
MD-Pro 1.0821 telah diterbitkan
Kumpulan pembangun Sistem Portal MD-Pro mengumumkan penerbitan MD-Pro versi 1.0821. Versi ini adalah versi peningkatan di mana beberapa pembetulan pepijat dan penambahan fungsi telah dilakukan. Kumpulan pembangun Sistem Portal MD-Pro mengumumkan penerbitan MD-Pro versi 1.0821. Versi ini adalah versi peningkatan di mana beberapa pembetulan pepijat dan penambahan fungsi telah dilakukan.
Di antara fungsi-fungsi baru yang terdapat di dalam versi ini adalah:
Drupal 5.7 telah diterbitkan
Kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan Drupal 5.7 dan Drupal 4.7.11. Versi peningkatan ini adalah versi pembetulan pepijat. Tiada fungsi baru yang diperkenalkan di dalam versi ini.
Modul Shoutit dan Emoticon untuk MD-Pro
MD-Pro telah mengumumkan penerbitan dua modul untuk menambahkan lagi fungsi laman web anda - Modul Shoutit dan juga Modul Emoticon. Modul Shoutit diterbitkan berdasarkan modul shoutbox yang banyak digunakan oleh Sistem Portal lain. Modul ini membolehkan anda untuk berkomunikasi secara terus dengan pelawat laman web anda.
Joomla 1.5 telah diterbitkan
Kumpulan pembangun Sistem Portal Joomla telah mengumumkan penerbitan versi stabil Sistem Portal Joomla 1.5 [Khepri]. Setelah berusaha keras dalam merombak kod-kod Joomla dan beberapa sesi pembetulan pepijat diikuti dengan beberapa penerbitan versi Release Candidate, akhirnya versi stabil Joomla 1.5 telah berjaya diterbitkan.
Penerbitan Joomla 1.0.14 RC1
Kumpulan Pembangun Joomla mengumumkan penerbitan Sistem Portal Joomla 1.0.14 RC1. Versi ini cuba memperbetulkan beberapa masalah sekuriti yang ditemui di dalam versi 1.0.13. Walaupun perubahan yang dilakukan tidaklah begitu ketara, ianya melibatkan banyak fail. Untuk itu, penerbitan ini masih diperingkat percubaan.
Peningkatan Sekuriti - Drupal 4.7.11 dan 5.6
Pihak pembangun Sistem Portal Drupal mengumumkan penerbitan versi peningkatan sekuriti Drupal 4.7.11 dan Drupal 5.6. Sekiranya anda pengguna sistem portal Drupal versi 4.1.10 dan 5.5 anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi anda dengan segera untuk mengelakkan masalah sekuriti ini.
Penerbitan Xoops 2.0.18
Kumpulan pembangun Sistem Portal Xoops telah mengumumkan penerbitan Xoops versi 2.0.18. Versi ini adalah versi pembetulan sekuriti. Kepada semua pengguna sistem portal Xoops anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan versi Xoops anda kepada versi ini.
Penerbitan Pembetulan Sekuriti Xoops 2.2.5
Satu masalah sekuriti XSS (Cross Site Scripting) telah dilaporkan bagi Sistem Portal Xoops versi 2.2*. Kesemua pengguna Sistem Portal Xoops versi 2.2* dinasihatkan agar dapat mengemaskini pemasangan anda kepada versi pembetulan sekuriti ini.
Joomla 1.5 RC4 - Karibu
Lebih dari seminggu yang lalu, pengguna dan penyokong Joomla telah berkumpul di beberapa lokasi serata dunia dalam usaha untuk menghapuskan pepijat dalam Sistem Portal Joomla yang terbaru ini. Hasil daripada usaha sama ini telah membuahkan hasil dan hari ini kumpulan pembangun Joomla mengumumkan penerbitan Sistem Portal Joomla 1.5 RC4. Penerbitan ini diberi nama "Karibu" yang di dalam bahasa Swahili bermaksud "Dekat".


