Drupal 6 RC1 telah diterbitkan
Setelah 4 penerbitan versi beta, pelbagai pembetulan pepijat dan pembaharuan antaramuka pengguna, kumpulan pembangun Sistem Portal Drupal dengan bangganya menerbitakan Sistem Portal Drupal versi 6 RC1. Walaupun masih terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti dan masih lagi dalam proses pembetulan, kod-kod Drupal versi 6 telah stabil dan sedia untuk diuji oleh komuniti pengguna. Semenjak dari penerbitan versi beta terakhir dua minggu yang lepas, beberapa peningkatan kepada dokumentasi pembangun dan pengukuhan beberapa fungsi peningkatan telah dilakukan kepada kod Drupal versi 6, modul-modul yang sedia ada, pembikinan semula teks bantuan pengguna dan keterangan mengenai borang-borang (forms) kepada yang lebih mudah difahami dan tepat. Kini login ahli lebih selamat, boleh digunakan untuk bahasa dari kanan ke kiri, dan peningkatan kepada indeks jadual pengkalan data untuk membantu integriti rujukan dan peningkatan prestasi.
Modul Komen untuk MDPro 1.0.82
Modul Komen untuk Sistem Portal MD Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini adalah peningkatan kepada modul komen yang lama yang telah disesuaikan dengan versi terbaru ini. Sebelum memasang modul ini sila baca Nota Terbitan terlebih dahulu. Modul Komen untuk Sistem Portal MD Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini adalah peningkatan kepada modul komen yang lama yang telah disesuaikan dengan versi terbaru ini. Sebelum memasang modul ini sila baca Nota Terbitan terlebih dahulu.
Xoops 2.0.18 RC
Kumpulan Pembangun Sistem Portal Xoops mengumumkan penerbitan Xoops versi 2.0.18 RC. Matlamat utama versi ini adalah untuk memperbetulkan masalah sekuriti.
Di dalam versi ini juga anda akan dapati bahawa tema "phpkaox" dan "x2t" telah dikeluarkan dari pakej rasmi Xoops. Tema "zetagenesis" yang direka oleh Kris telah dimasukkan bagi eksperimen mengenai Jentara Tema Xoops 3.0 yang baru.
Postnuke .8 RC2 telah sedia untuk diuji
Kumpulan pembangun Postnuke mengumumkan penerbitan Postnuke .8 RC2 kepada umum. Di dalam versi ini terdapat banyak pembetulan pepijat dilakukan dan penulisan semula kod-kod untuk modul categories dan pembaharuan proses peningkatan bagi pengguna-pengguna Sistem Portal Postnuke .764.
Modul MDHome telah diterbitkan
Modul MDHome, modul untuk Sistem Portal MD-Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini membolehkan anda menyusun rupabentuk halaman utama anda. Ianya adalah satu modul yang kecil untuk mengurus halaman utama laman web anda. MDHome adalah modul Autorender yang mempunyai acuan (template), pelbagai bahasa dan boleh menggunakan sistem had kebenaran di dalam MD-Pro. Modul MDHome, modul untuk Sistem Portal MD-Pro 1.0.82 telah diterbitkan. Modul ini membolehkan anda menyusun rupabentuk halaman utama anda. Ianya adalah satu modul yang kecil untuk mengurus halaman utama laman web anda.
Drupal 5.5 dan Drupal 4.7.10 - Versi Pembetulan
Terdapat sedikit pembetulan dilakukan kepada Sistem Portal Drupal versi 5.4 dan versi 4.7.9. Pembetulan ini adalah bagi memperbetulkan masalah dengan kod-kod taxanomy di dalam versi sebelumnya yang menyebabkan ianya tidak dapat menjana RSS feeds dengan betul.
Drupal 6.0 Beta 4 telah diterbitkan
Menuruti penerbitan Sistem Portal Drupal versi 6.0 Beta 3 dua minggu lepas, kumpulan pembangun Drupal mengumumkan penerbitan versi beta baru - Versi 6.0 Beta 4. Semenjak daripada versi beta terdahulu terdapat lebih dari 80 pembetulan yang dilakukan di dalam kod-kod Drupal 6.X. Versi beta terbaru ini juga dimuatkan dengan beberapa peningkatan fungsi dan penghapusan pepijat.
Drupal 5.4 dan Drupal 4.7.9 - Peningkatan Sekuriti
Kumpulan Pembangun Sistem Portal Drupal telah mengumumkan penerbitan Drupal versi 5.4 dan Drupal versi 4.7.9. Peningkatan ini adalah peningkatan sekuriti. Bagi pengguna-pengguna Drupal versi 5.3 dan versi 4.7.8 anda dinasihatkan agar dapat memperbaharui versi Drupal anda kepada versi ini.
Drupal 6.0 Beta 3 telah diterbitkan
Dengan hanya sebulan sahaja lagi sebelum percubaan beta aktif, kod Drupal telah berkembang menjadi lebih stabil setiap hari. Sejak Drupal 6 beta 2 diterbitkan, pihak Drupal telah membetulkan lebih daripada 180 pembetulan di dalam kod Drupal 6.x, dan kini pihak Drupal mengumumkan penerbitan versi beta ketiga bagi Drupal 6.x. Versi beta ini mengandungi beberapa peningkatan penggunaan dan pembetulan pepijat yang telah dijumpai.
Projek Dokumentasi Xoops bermula
Modul MediaWiki telah dipasang di www.xoops.org sebagai menandakan permulaan kepada Projek Dokumentasi Xoops. Dokumen ini akan mencakupi beberapa topik utama seperti:


