ArtWeaver: Aplikasi Editor Grafik Ringan
ArtWeaver adalah merupakan aplikasi ringan Editor Grafik untuk komputer anda. Fungsi dan peralatan di dalam aplikasi ini mimik fungsi di dalam Photoshop, namun ianya tidaklah sehebat Adobe Photoshop di dalam mengubahsuai grafik dan photo. Sekiranya anda sedang mencari aplikasi alternatif untuk Photoshop untuk membuat perubahan ringkas untuk foto dan grafik anda, maka ArtWeaver adalah jawapannya. ArtWeaver adalah merupakan aplikasi ringan Editor Grafik untuk komputer anda.
Tukar Format Fail Audio, Video dan Imej dengan FormatFactory
FormatFactory adalah aplikasi yang membolehkan anda menukar format asal fail-fail audio, video dan juga imej anda kepada format lain yang anda mahukan. Kini, anda tidak lagi dibendung dengan format asal fail-fail multimedia anda. FormatFactory memudahkan proses penukaran dari satu format kepada format yang lain. FormatFactory adalah aplikasi percuma yang dapat membantu membina laman web anda.
Bagaimana laman web anda dipaparkan dalam MSIE
Bagi pembina mahupun pereka laman web, terutamanya yang gemar menggunakan CSS sebagai salah satu kaedah untuk meletakkan elemen di laman web akan menyedari bahawa laman web dijana secara berbeza bagi setiap versi Microsoft Internet Explorer. Dan adalah mustahil untuk memasang dua versi MSIE di dalam komputer anda. Dalam banyak keadaan rekabentuk laman web akan rosak apabila dilihat di dalam pelayar internet MSIE versi sebelumnya.
CloneSpy - Menjimatkan Ruangan Cakera Liut Anda
Bagi mereka yang selalu memuat turun fail dari Internet dan menyimpannya di dalam direktori-direktori yang berbeza dan pada satu ketika anda terlupa mengenainya, anda mungkin menghadapi masalah mempunyai fail yang sama di dalam beberapa tempat. CloneSpy adalah aplikasi percuma berasaskan sumbangan (DonationWare) yang boleh membantu anda mencari fail-fail pendua ini.
Adobe Photoshop Express
Adobe telah menerbitkan Adobe Photoshop versi web yang diberi nama Photoshop Express. Ianya dibina mengunakan Flex dan mempunyai banyak fungsi-fungsi asas yang boleh digunakan (namun ianya masih tidak dapat menandingi aplikasi sebenar). Terdapat banyak aplikasi manipulasi imej atas talian yang wujud pada masa kini, namun kehadiran Photoshop Express pastinya akan memberikan saingan yang kuat kepada aplikasi-aplikasi tersebut.
osCommerce Online Merchant v2.2 RC2
osCommerce Online Merchant v2.2 RC2 telah diterbitkan. Penerbitan RC kedua ini cuba untuk menyelesaikan beberapa isu dengan versi RC1 dan juga versi 2.2 Milestone 2. Tiada sebarang fungsi baru yang terdapat di dalam versi ini kerana usaha sedang dipertingkatkan di dalam penerbitan versi 3.0.


